Kucing Anita
Anita ada seekor kucing. Nama kucing
Anita Mimi. Kucing Anita sangat cantik. Bulunya berwarna keperang-perangan dan
ekornya panjang.
Mimi kucing yang jinak. Makanan kegemaran Mimi ialah nasi, ikan dan susu.
Seminggu sekali, Anita memandikan Mimi supaya badannya bersih dan berbau wangi.
Setiap
petang, Anita akan membawa Mimi bersiar-siar di taman permainan. Anita sangat
sayang akan Mimi.
Melawat Zoo
Pada
minggu lalu, bapa membawa Lili dan keluarganya melawat ke Zoo Negara. Mereka
pergi ke sana dengan menaiki kereta. Perjalanan mereka mengambil masa selama
dua jam.
Banyak
pengunjung melawat ke Zoo Negara. Di Zoo Negara, Lili dapat melihat banyak
haiwan yang jarang ditemui. Antaranya gajah, beruang, zirafah, ular dan banyak
lagi.
Lili
berasa sangat seronok kerana dapat melihat berbagai-bagai jenis haiwan di Zoo
Negara. Lili juga sempat mengambil gambar sebagai tanda kenangan.
Pada
hari Sabtu yang lalu, bapa membawa Yusri memancing ikan di sungai. Sungai itu
terletak di belakang rumah mereka.
Yusri
membawa sebatang joran dan sedikit umpan cacing. Dia sudah
tidak sabar hendak memancing ikan.
Cuaca pada hari itu sangat panas.
Yusri dan bapanya duduk di bawah sebatang pokok yang rendang. Tidak lama
kemudian, joran Yusri mengena. Yusri mendapat seekor ikan sepat yang besar.
Pada pukul 2.00 petang, mereka pun pulang ke rumah. Yusri
dan bapanya berasa sangat gembira kerana mendapat ikan.
Harijadi Siva
Hari
ini hari jadi Siva. Siva menjemput kawan-kawan ke rumahnya. Ibu Siva bercadang
mengadakan majlis hari jadi untuk Siva.
Ramai
kawan Siva datang ke rumahnya. Mereka membawa pelbagai hadiah. Mereka
mengucapkan selamat hari jadi kepada Siva.
Ibu
Siva telah menyediakan makanan yang lazat. Ada nasi ayam, mi goreng, kuih-muih
dan kek. Ibu Siva menyusun makanan tersebut di atas meja.
Kawan-kawan
Siva bertepuk tangan sambil menyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi”. Kemudian,
mereka makan makanan yang telah disediakan. Siva berasa sangat gembira.
jemput ke blog saya,
ReplyDeletehttp://permatapendidik.blogspot.com/